Sila masukkan kosong “0” di akhir nombor rujukan cukai bagi pilihan selain nombor rujukan cukai individu (SG/OG/IG).
Sekiranya Penerima Tidak Bermastautin belum mempunyai Nombor Cukai Pendapatan, pendaftaran perlu dibuat terlebih dahulu sebelum Nombor VA diperoleh dengan mengemukakan permohonan ke alamat e-mel berikut:
HelpPendaftaranNR@hasil.gov.my.
Maklumat yang perlu dikemukakan adalah:
-
Nama dan Alamat Penerima
-
Negara Asing Penerima
-
Nombor Pendaftaran Syarikat Penerima / Nombor Pasport & Tarikh Lahir Penerima Individu
-
Jenis Bayaran
Sebarang maklumat lanjut berhubung bayaran Cukai Pegangan sila rujuk di:
-
Hasil Care Line di: talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100(Luar Negara);
-
Hasil Chat; dan
-
Borang Maklum Balas Pelanggan di (https://mytax.hasil.gov.my)